Kerja-kerja pembinaan Jambatan Batang Saribas rancak dilaksanakan. Jambatan sepanjang 1.55 kilometer (km) itu dibiayai Kerajaan Sarawak pimpinan Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS), Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Jambatan itu dijangka siap pada 2024.

Jambatan tersebut mula dibina 3 Jun 2019 namun pelaksanaannya tertangguh susulan Covid-19. Bagaimanapun, kerja-kerja pembinaan giat dijalankan, menghubungkan Daerah Pusa dengan Beladin.
