KUCHING: Sarawak memperuntukkan sebanyak RM15 juta bagi pelaksanaan program Endowment Fund Sarawak (EFS) pada tahun depan.
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah sehubungan itu berterima kasih kepada Premier Sarawak yang mengumumkan peruntukan itu dalam Bajet 2024.
“Setakat 30 November 2023, seramai 104,804 anak Sarawak telah memiliki akaun EFS dengan jumlah peruntukan RM104.8 juta dari Kerajaan Sarawak,” katanya di mesyuarat Jawatankuasa EFS, di sini, hari ini.
Fatimah berkata, setakat 30 November 2023 juga jumlah keseluruhan anak Sarawak berstatus ‘K’ adalah seramai 30, 657 orang manakala jumlah permohonan EFS 20,303 orang (66 peratus).
“Banyak usaha perlu dilakukan lagi bagi meuar-uarkan EFS kepada ibu bapa Sarawak berstatus ‘K’ yang bakal atau telah melahirkan anak,” tambahnya.
