Kehilangan besar buat S’wak

KUCHING: Sarawak kehilangan pemimpin yang diangkat sebagai bapa permodenan yang mengukuhkan asas kepelbagaian kaum di negeri ini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Sri Fatimah Abdullah.

“Pemergian mantan Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud satu kehilangan besar buat kita. Perginya seorang ayahanda, negarawan, pemimpin ulung negara.

“Allahyarham juga pemimpin yang sentiasa memperkasa wanita,” katanya.

Untuk rekod, Tun Abdul Taib dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak ketujuh pada 1 Mac 2014 sehingga 26 Januari 2024. Kemudian diganti oleh Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang mengangkat sumpah jawatan ketua negeri itu di Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 29 Januari lalu.