Kekalkan acara “Battle Of Titans” di Lingga

LINGGA: Pertandingan lumba perahu Regata Lingga perlu mengekalkan acara “Battle Of Titans” yang mengumpulkan semua pemenang “Raja Sungai” sepanjang tahun di Sarawak.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Persembahan Seni, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, ini kerana acara terbabit pendekatan yang unik dan sangat berbeza daripada regata di tempat lain serta satu perkembangan positif dalam sukan air.

“Keunikan seperti ini harus dikekalkan bagi menarik lebih ramai pengunjung untuk

berkunjung ke daerah Lingga,” katanya di Majlis Penangguhan Regatta Lingga 2023 di sini, hari ini.

Abdul Karim berkata, penganjura Regata Lingga kali ini telah menampilkan acara “Battle Of Titans” dan ia berjaya mengumpulkan tujuh pasukan yang pernah bergelar “Raja Sungai” sepanjang 2023.

“Salah satu pasukan yang turut serta dalam acara ini adalah dari negara Brunei Darussalam,” tambahnya.

Hadir sama Ahli Parlimen Batang Lupar, Mohamad Shafizan Kepli dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor.

GAMBAR: YB Karim Hamzah