Larian Bomba Sarawak 3.0 dekatkan anggota dengan masyarakat

BINTULU: Kejayaan Larian Bomba Sarawak Bersama Komuniti 3.0, berjaya menarik 2,860 peserta.

Ini mendorong Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memperkenalkan acara baharu, Larian Bomba Bintulu 1.0, bermula tahun depan.

Pengarah JBPM Sarawak, Jamri Masran, berkata sambutan luar biasa itu menunjukkan sokongan padu masyarakat Bintulu terhadap program komuniti.

Beliau menjelaskan, program berkenaan bukan sahaja aktiviti sukan, tetapi juga platform memperkenalkan produk dan perkhidmatan JBPM serta memudahkan interaksi dengan rakyat, termasuk memberi maklumat keselamatan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL).

Simbolik pelepasan peserta disempurnakan Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya merangkap Ahli Parlimen Bintulu, Steven Kong Kai Seng.

Larian Bomba Sarawak akan kembali dianjurkan di Kuching sebagai edisi 4.0 tahun depan.