Program Perdana Lambaian Baitullah jemaah cilik IPAKK
BINTULU: Seramai 500 kanak-kanak menyertai Program Perdana Lambaian Baitullah Jemaah Cilik Institusi Pendidikan Awal Kanak-Kanak (IPAKK) Bintulu 2025 di sini, hari ini. Jemaah cilik itu dari 44 IPAKK termasuk taska, tadika, pra sekolah, Tabika KEMAS dan Tabika Perpaduan di seluruh Bintulu. Program diserikan dengan perarakan jemaah cilik berpakaian ihram, simulasi tawaf, saie serta bacaan talbiyah […]
53 pelajar terima insentif pendidikan
SEBUYAU: Seramai 53 pelajar daripada pelbagai institusi pendidikan di sini, menerima insentif pendidikan untuk menyambung pelajaran masing-masing. Mereka terdiri daripada 29 mahasiswa peringkat sarjana muda, 19 penerima (diploma) serta lima ( Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Majilis disempurnakan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, Dato Sri Julaihi Narawi di Bilik […]
Jamuan teh akhiri Sambutan Perayaan Hari Lahir Ke- 79 TYT Sarawak
KUCHING: Sambutan Perayaan Hari Lahir ke-79 Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar melabuhkan tirainya dengan Majlis Jamuan Teh yang berlangsung di Hotel Riverside Majestic di sini pagi tadi. Tun Pehin Sri dan isteri Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi tiba sekitar jam 10.30 pagi dan disambut Premier Sarawak, […]
Reka bentuk Hospital Kanser Sarawak berinspirasikan AI
KUCHING: Sarawak bakal memiliki Hospital Kanser yang direka untuk era Kecerdasan Buatan (AI), menjadikannya sebagai pusat kesihatan futuristik yang mampu menampung perkembangan teknologi perubatan masa depan. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, hospital baharu yang dijangka siap menjelang 2030 itu bukan sekadar bangunan biasa, tetapi akan mengintegrasikan teknologi digital dan AI […]
Peserta Saribas International MTB Jamboree didedah pengalaman luar bandar
DEBAK: Seramai 150 peserta dari dalam dan luar negara menyertai Saribas International MTB Jamboree di sini. Mereka terdiri daripada Malaysia, Indonesia, Brunei dan Afrika. Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Datuk Mohammad Razi Sitam berkata, setelah lima tahun tertangguh, penganjuran kali ini istimewa kerana disertai peserta antarabangsa. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) […]
Majlis jamuan negeri sempena hari lahir TYT Sarawak penuh istiadat, meriah
KUCHING: Majlis Jamuan Negeri bagi meraikan Hari Kelahiran Ke-79 Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berlangsung penuh adat istiadat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada malam tadi. Ketibaan Tun Pehin Sri bersama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi disambut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang […]
Laporkan awal konflik rumah tangga
KUCHING: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri menasihati orang ramai supaya membuat laporan awal jika ada tekanan, kemurungan, konflik rumah tangga atau keganasan domestik. Beliau berkata, lapor awal bukan membuka aib tetapi untuk menyelamatkan nyawa dan hubungi Talian Kasih 15999 (24 jam) atau WhatsApp 019-261 5999. “Ibu bapa ialah ‘guru emosi’ […]
Belanjawan 2026 bantu kurangkan jurang pembangunan
KUCHING: Belanjawan MADANI 2026 membabitkan peruntukan pembangunan sebanyak RM6 bilion kepada Sarawak dan RM6.9 bilion kepada Sabah diharap dapat mengurangkan jurang pembangunan di antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Amar Fadillah Yusof berkata, beliau menyokong belanjawan tersebut sekali gus menerimanya secara terbuka jumlah peruntukan tersebut. Namun beliau menekankan bahawa keutamaan kini ialah […]
Projek SSLR: Terowong pertama jalan raya pertama berbukit Sarawak akan dibina
KUCHING: Sarawak bakal mempunyai terowong pertama untuk jalan raya berbukit melalui Projek Jalan Penghubung Sarawak–Sabah (SSLR), kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Amar Fadillah Yusof. Beliau berkata, fasa pertama SSLR kini berjalan lancar, manakala fasa kedua telah dimulakan melalui majlis pecah tanah yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Limbang, baru-baru ini. Projek […]
Istiadat pengurniaan Bintang, Darjah Kebesaran Negeri Sarawak
KUCHING: Timbalan Perdana Menteri, Dato Sri Fadillah Yusof mendahului senarai 42 penerima Bintang dan Darjah Kebesaran Negeri daripada TYT Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada satu istiadat pengurniaan di Astana Negeri di sini, hari ini. Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (Petra) merangkap Ahli Parlimen Petra […]