Pandangan ahli Parti PBB bantu majukan pembangunan DUN Tanjong Datu

LUNDU: Ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) boleh mengemukakan pandangan mengenai pembangunan di kawasan Lundu kepada kerajaan melalui parti terbabit.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Pehin Sri berkata, mereka boleh menyampaikan pandangan melalui Ketua Cawangan.

‘Dengan menjadi ahli parti banyak sumbangan dapat diberikan dengan memberi sokongan dan pandangan kepada ketua cawangan untuk pembangunan di sesuatu kawasan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Mesyuarat Agung Pemilihan Ranting PBB di Kampung Pandan Lundu di Dewan Kampung Pandan di sini, semalam.

Azizul berkata, pembangunan di kawasan itu dan juga Sarawak adalah hasil usaha dan kerja keras Parti PBB yang menjadi tulang belakang Kerajaan Sarawak.

Setakat ini sebanyak 23 Ranting PBB telah mengadakan Mesyuarat Agung Pemilihan manakala 27 ranting masih dalam jadual sehingga tarikh permilihan ranting di tutup pada 31 Oktober 2024.

Ini akan memberi laluan untuk Mesyuarat Agung Pemilihan Cawangan N3 Tanjong Datu 2024 sehingga 2027 pada November depan .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *