Penduduk luar bandar perlu pilih calon berwibawa

BINTULU: Penduduk kawasan luar bandar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak perlu memilih calon berwibawa yang boleh membawa suara mereka dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN.

Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata, ini bagi memastikan mereka dapat bersama menikmati pembangunan di negeri ini.

“Jangan mempersia-siakan peluang ini untuk anda bersama menikmati pembangunan di negeri ini dengan memilih calon bertanding yang berwibawa boleh mewakili suara anda,” katanya ketika menyempurnakan Majlis Bersama Pemimpin menerima sambutan dari warga Rumah Panjang Philip Bagong di Ulu Sebauh, di sini, semalam.

Alexander juga mahu mereka menjadi masyarakat yang terus memelihara nilai perpaduan dan tidak berpecah-belah meskipun ada yang berbeza pendapat lebih-lebih lagi musim pilihan raya kecil ini.

Hadir sama ialah Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Snowdan Lawan, Ahli Parlimen P.198 Puncak Borneo Datuk Willie Mongin.