Penganjuran LBAS 2025 berskala lebih besar, berimpak tinggi

KUCHING: Lan Berambeh Anak Sarawak (LBAS) 2025 Siri Ke-16 bakal berlangsung di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di Kuala Lumpur pada 25 Oktober ini.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, program tahunan ikonik itu amat dinanti-nanti kerana ia merupakan wadah pertemuan anak-anak Sarawak di perantauan dengan pemimpin-pemimpin dari Sarawak dalam program tahunan berskala lebih besar dan berimpak tinggi.

LBAS dianjurkan Sarawak Volunteers dengan sokongan penuh Kerajaan Sarawak, LBAS 2025 mengangkat tema “Perpaduan Dalam Kepelbagaian Teras Kemakmuran” sejajar dengan hasrat Kerajaan Sarawak untuk menjadi wilayah maju dan makmur berteraskan keharmonian rakyat menjelang 2030.

Menyingkap sejarah LBAS, Sarawak Volunteers dalam kenyataan medianya memberitahu, program itu dimulakan pada 2008, LBAS berkembang daripada sebuah perhimpunan kecil kepada platform utama yang menghubungkan pelajar, belia dan golongan profesional Sarawak di Semenanjung Malaysia dengan pimpinan tertinggi Kerajaan Sarawak.

Ia turut menjadi wadah penting dalam menyampaikan dasar, aspirasi dan inisiatif kerajaan ke arah pembangunan holistik

Objektif LBAS 2025:

  • Memberi peluang kepada anak-anak Sarawak di Semenanjung memahami polisi dan pendekatan kerajaan dalam usaha memacu Sarawak
    menjadi wilayah maju berteraskan perpaduan dalam kepelbagaian menjelang 2030.
  • Memberi peluang kepada siswa siswi Sarawak untuk mengutarakan idea dan
    pendapat kepada YAB Premier Sarawak dalam sesi Townhall.
  • Mewujudkan platform untuk anak-anak Sarawak di Semenanjung & pemimpin Sarawak beramah mesra dan bersuai kenal antara satu sama lain.
  • Menyediakan wadah kepada anak Sarawak berinteraksi untuk mendapatkan maklumat dan maklumbalas peluang kerjaya daripada para pempamer dalam kalangan agensi dan syarikat korporat.
  • Mempromosikan keunikan Sarawak dalam meraikan kepelbagaian kaum, adat dan budaya.

Aktiviti-aktiviti utama LBAS:

  • Sarawak Agenda- Sesi Townhall Bersama YAB Premier Sarawak
  • Sarawak Expo 2025 – Merangkumi tiga komponen utama melibatkan 91 reruai pempamer & 75 reruai usahawan:
  • ⁠Sarawak Dreams Exhibition
  • ⁠Kampung Kamek Pavilion
  • ⁠Treasures Of Sarawak
  • Kenyalang Speaks – Sesi Bicara Ekslusif bersama panel-panel khas
  • Kenyalang Career Initiative
  • Sidang Siswa Sarawak – Crocs Tank
  • Pocket Show Edisi Anak Sarawak
  • Sarawak Live Kitchen

Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi: Abdur Rahman Abdul Rahim (0132644174)
Nur Aisyah Eiryeeza Sabri Waini (0135859912) dan Ts. Faiz Syazani Abdul Aziz (01135169770)
Sarawak Volunteers E-mel: admin@sarawakvolunteers.com
Laman web: http://www.sarawakvolunteers.com