Periksa sistem pendawaian rumah panjang elak kebakaran

BINTULU: Penduduk rumah panjang disaran memeriksa sistem pendawaian di rumah masing-masing bagi mencegah kebakaran.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, mereka juga disaran menukar sistem pendawaian di rumah masing-masing secara berkala.

“Sistem pendawaian yang usang atau rosak boleh menjadi punca kebakaran,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan geran Projek Kecil Luar Bandar(MRP) Fasa 4 DUN Kemena di bilik mesyuarat Jabatan Pertanian Bahagian Bintulu, di sini, hari ini.

Dr Rundi juga menyarankan pembinaan dinding penghadang api di rumah panjang untuk mengelakkan kebakaran merebak dengan cepat.

“Ambil langkah-langkah proaktif seperti menyediakan alat pemadam api dan menyusun pelan kecemasan untuk menghadapi situasi yang tidak diingini,”
tambahnya.