PADAWAN: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Mambong perlu memfokuskan agenda pembangunan di kawasan itu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mambong, Datuk Dr. Jerip Susil berkata, antaranya pembangunan pertanian dan pelancongan.
“Mereka perlu berganding bahu untuk mengekalkan DUN Mambong sebagai kerusi Parti PBB,” katanya ketika merasmikan Majlis Ramah Tamah Dan Apresiasi Parti PBB Cawangan DUN Mambong di Dewan Serbaguna Kampung Bratan / Rabak Asah, semalam.
Dr Jerip merupakan Ketua Cawangan Parti PBB kawasan itu yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan.
Sementara itu, Ahli Parlimen Puncak Borneo Datuk Willie Mongin yang turut hadir pada majlis itu meminta ahli-ahli parti di kawasan Mambong terus menyokong Dr Jerip untuk memimpin parti dan membawa kesinambungan pembangunan di kawasan itu.
Tegasnya, ini penting agar Parti PBB dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) kekal relevan dan memudahkan kerajaan negeri melaksanakan agenda pembangunan di Sarawak.
Ketua Pemuda Parti PBB Cawangan DUN Mambong, Wilson Ahon dan Ketua Wanita Cawangan Kasean Nena.
