Pesta Telaga Air mulai 5 November depan

KUCHING: Majlis Perbandaran Padawan (MPP) akan menganjurkan Pesta Telaga Air Edisi Ke-19 di Kampung Telaga Air mulai 5 hingga 8 November depan.

Pengerusi MPP, Cr Tan Kai berkata antara aktiviti pesta ialah Forum Perdana, pertandingan petanque, futsal, badminton, pickleball, karaoke, memasak dan Battle of the Band.

Aktiviti lain ialah nopeng, silat, fesyen, mewarna lukisan, Orang Terkuat, memancing, sling shot, cabutan nombor bertuah dan pertandingan kiosk berhias.

“Orang ramai dialu-alukan berkunjung ke Kampung Telaga Air sepanjang empat hari pesta berlangsung bagi memeriahkan acara, menikmati pelbagai aktiviti serta menyokong usahawan tempatan,”katanya.

Pesta dianjurkan dengan kerjasama komuniti Kampung Telaga Air serta sokongan Pejabat Khidmat Masyarakat Parlimen P.193 Santubong dan Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.4 Pantai Damai.