KUCHING: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) wajar diberi kuasa dalam mengendalikan urusan berkaitan minyak dan gas sepenuhnya di Sarawak.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad berpendapat sebagai entiti milik penuh Kerajaan Sarawak, PETROS memiliki pengalaman dan kepakaran yang tiada tandingan dalam pengedaran gas.
”Dengan memberi kepercayaan kepada PETROS sebagai Aggregator Gas, ia memastikan peralihan yang lancar, memanfaatkan pengetahuan untuk mengoptimumkan rantaian bekalan gas.
”Langkah strategik ini bukan sahaja menyokong komitmen kita terhadap tadbir urus yang berkesan tetapi juga meningkatkan kedudukan Sarawak dalam sektor tenaga,” katanya.
Tegasnya lagi, dengan memperkenalkan agregator gas di Sarawak, ini akan menjadi langkah strategik yang akan memupuk pertumbuhan ekonomi dan menjana aliran pendapatan baharu.
Beliau berkata demikian ketika perbahasan Rang Undang-Undang Pengagihan Gas (Pindaan) 2023 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, semalam.