Projek mega infrastruktur asas, kesihatan di Limbang

LIMBANG: Projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi daerah ini diunjurkan mencecah lebih RM1 bilion.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, projek-projek mega ini melibatkan infrastruktur asas dan kesihatan.

“Ia melibatkan projek infrastruktur asas, hospital, poliklinik dan juga bangunan pakar Hospital Limbang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Pesta Hari Bukit Mas 2025 di Lot 777, di sini, hari ini.

Selain itu katanya, projek pembangunan wilayah iaitu termasuk projek pertanian (penanaman padi) dan pembinaan jalan darat melalui Pembangunan Lebuh Raya Trans Borneo di wilayah utara Sarawak.

Turut hadir ialah Pegawai Daerah Limbang Sulaiman Engal.