RECODA tinjau potensi Projek Nanas Komuniti Tanjung Manis

TANJUNG MANIS: Unit Pembangunan Sosio-Ekonomi, Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) mengadakan sesi libat urus bertujuan mewujudkan peluang pendapatan mampan di Tanjung Manis.

Menurut kenyataan media RECODA, peluang pendapatan ini bagi komuniti B40 dengan sesi lipat urus terbabit bersama PUSAKA Food Industry dan peserta IPR-INTAN di IKS Tanjung Manis.

“Inisiatif ini memberi penekanan khusus kepada permerkasaan usahawan baharu dengan menyediakan sokongan, latihan kemahiran, serta akses pasaran bagi membantu mereka berkembang dalam industri makanan,”menurut RECODA.

Sebagai sebahagian usaha mengukuhkan inisiatif ini, mereka turut melawat Projek Nanas Komuniti Tanjung Manis.

“Ini untuk menilai lokasi serta meneroka potensinya dalam menyokong usahawan tempatan,” tambah RECODA.