Rumah Bidah Tambi dapat pinjaman tapak bina rumah panjang baharu

SARATOK: Penduduk rumah panjang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kalaka digesa memohon Skim Pinjaman Perumahan Rumah Panjang (SPPRP).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, Kerajaan Sarawak yang memperkenalkan SPPRP bagi membina rumah panjang baharu.

“Saya menggesa rakyat agar merebut skim serta bantuan perumahan yang disediakan untuk memiliki kediaman yang lebih selesa,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika diwakili Timbalan Ketua Cawangan PBB N.38 Kalaka, Kaunselor Kasdi Pandi semasa majlis serah tapak projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Bahagian Betong di Rumah Bidah Tambi, di sini, hari ini.

Mohamad Duri berkata, Perbadanan Pembangunan Perumahan Sarawak (HDC) telah meluluskan permohonan pinjaman terbabit bagi penduduk Rumah Bidah Tambi, di sini sebanyak 21 pintu.

“Kerajaan Sarawak juga telah meluluskan RTP bagi tujuan menyediakan tapak bagi membangunkan rumah panjang baharu tersebut,” katanya.