KUCHING: Sarawak merekodkan lebih 800 kes penyalahgunaan media sosial dalam kalangan belia dari Januari hingga Julai tahun ini.
Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Gerald Rentap Jabu berkata, kes tersebut yang dilaporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (MCMC).
“Jumlah ini (800 kes) dari Januari hingga Julai tahun ini,” katanya pada sidang media Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Negeri Sarawak 2024, di sini, hari ini.
Rentap berkata, pihak polis di negeri ini juga turut menerima laporan kes itu setiap hari tetapi tidak memberikan butirannya.
“Bagi saya, mungkin kita dapat menambah baik undang-undang (penggunaan media sosial) ini,” katanya.