SIMUNJAN: Masyarakat disaran meneroka peluang kerjasama dengan pelabur bagi membangunkan kawasan tanah yang berpotensi dari segi ekonomi di sini.
Ahli Parlimen Batang Sadong Rodiyah Sapiee berkata, ini kerana beliau melihat kawasan Simunjan mempunyai banyak tanah miliki individu yang boleh diusahakan dan dimanfaatkan dengan lebih produktif.
“Sehubungan itu, saya menyarankan kepada pelabur, usahawan serta masyarakat yang mempunyai tanah agar meneroka peluang kerjasama,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris menghadiri mailis “Gong Xi Fa Cai & Sungkey di Dewan Tua Pek Kong Pasar Simunjan, di sini, semalam.
Rodiyah berkata, Simunjan sebenarnya mempunyai potensi besar dibangunkan, khususnya dalam sektor pertanian moden, agro-pelancongan, homestay dan pelbagai aktiviti ekonomi yang boleh meningkatkan pendapatan masyarakat.
