SMA raikan penghuni PERYATIM bersama Premier Sarawak

KUCHING: Sarawak Multimedia Authority (SMA) meraikan seramai 37 anak yatim daripada Kompleks Kebajikan Laila Taib Kuching (PERYATIM) dalam Majlis Berbuka Puasa bersama Premier Sarawak.

Pada majlis diadakan di Kuching hari ini, SMA turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM10,000 kepada PERYATIM bagi membantu menampung kos operasi institusi kebajikan berkenaan.

Selain itu, anak-anak PERYATIM yang hadir turut menerima sumbangan duit raya sebagai tanda keprihatinan dan sokongan kepada mereka sempena Ramadan dan Aidilfitri tidak lama lagi.

Majlis penyerahan sumbangan tersebut disampaikan oleh Pengurus Besar SMA, Dato Dr Anderson Tiong Ing Heng dan disaksikan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau bersama kakitangan SMA kemudiannya menunaikan Solat Fardhu Maghrib, diikuti Solat Isyak serta Solat Sunat Tarawih secara berjemaah sebelum majlis diakhiri dengan jamuan moreh.

Hadir sama, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Ketua Pegawai Eksekutif PERYATIM Siti Hatizah Abang Sebit.