SSLR, Lapangan Terbang Lawas ll, penyambungan sistem grid diberi tumpuan

LAWAS: Rangkaian Jalan Raya Sarawak Sabah (SSLR) menjadi antara projek diberi tumpuan di utara Sarawak tahun ini.

Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, projek SSLR dari Miri ke Limbang, Lawas hingga Sabah tanpa melalui negara jiran Brunei.

“Projek sudah bermula bagi fasa pertama pembinaannya,” katanya selepas Pertandingan Memancing GP Joran di Tebingan Sungai Kuala Lawas, semalam.

Awang Tengah berkata selain itu, pihaknya juga merancang memulakan fasa pertama pembinaan Lapangan Terbang Lawas ll tahun ini.

“Lawas dan Limbang juga akan disambung sistem grid negeri tahun ini,” tambahnya dan ini akan menambah baik prestasi bekalan di kedua-dua daerah itu.