KUCHING: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sarawak menjalankan Operasi Bersepadu e-waste atau Ops Hazard melibatkan sisa elektronik di Kuching, Sri Aman, Sibu dan Miri bermula jam 10 pagi.
Menurut kenyataan media JAS Sarawak, operasi bersepadu ini dijalankan seramai 17 anggota JAS bersama 93 anggota Pasukan Gerakan Am (PGA), tiga anggota Pasukan Gerakan Udara (PGU) dan sembilan anggota Majlis Bandaraya Miri (MBM).
Sebanyak tujuh premis diperiksa ketika operasi terbabit dengan tindakan diambil JAS adalah membuat dua Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) di bawah Seksyen 38(1)(a), AktaKualiti Alam Sekeliling 1974.
“Anggaran keseluruhan bahan yang disita di bawah Seksyen 38 (1)(c), Akta yang sama adalah sebanyak 175.393 MT e-waste dan 98.48 MT bahan selain e-waste,”menurut JAS Sarawak.
JAS komited dalam menangani sebarang isu berhubung pencemaran dan menggesa orang awam melaporkan aktiviti mencemarkan alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727 yang beroperasi 24 jam sehari atau e-mel ke aduan_k@doe.goV.my melalui portal e-aduan JAS di https://eaduan.doe.gov.my.