KUALA LUMPUR: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) Ke-273 yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini di Istana Negara.
Mesyuarat yang diadakan di Bilik Mesyuarat Majlis Raja-Raja, Istana Negara itu dipengerusikan oleh Timbalan Yang di-Pertuan Agong merangkap Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.
Turut menghadiri mesyuarat berkenaan ialah Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang mewakili Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-273 itu berlangsung selama dua hari bermula 14 hingga 15 Oktober 2026.
Sumber Gambar: Astana Negeri Sarawak
