KUCHING: Sebanyak 24 projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) telah diluluskan bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong tahun depan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Mohd Chee Kadir berkata, projek itu akan dilaksanakan membabitkan peruntukan RTP sebanyak RM5 juta.
“Kesemua projek RTP ini telah dan bakal memberi manfaat dan keselesaan kepada penduduk terutamanya di kampung dan rumah panjang serta sekolah di kawasan DUN Kabong,” katanya ketika menghadiri Bengkel Penyediaan Senarai RTP Bahagian Betong Tahun 2024 di sini, semalam.
Chee Kadir berkata, kesemua projek RTP yang diluluskan tersebut membuktikan Kerajaan Sarawak prihatin dengan keperluan masyarakat di luar bandar.
Oleh itu, beliau berharap kerjasama dan kesabaran semua pihak bagi memastikan usaha ini mencapai sasarannya.