680 sekolah Sarawak dikategorikan tidak selamat

KUCHING: Sebanyak 680 sekolah di Sarawak dikenal pasti berada dalam kategori tidak selamat diduduki.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata, ia berada pada skala enam dan tujuh.

“Keadaan ini, tegasnya, menunjukkan keperluan mendesak untuk menaik taraf infrastruktur pendidikan.

“Daripada projek sekolah daif yang dilaksanakan melalui peruntukan pendahuluan RM1 bilion, sebanyak 86 projek telah siap.

“Manakala, 54 lagi masih dalam pelbagai peringkat pelaksanaan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap Sarawak menerima sebahagian besar peruntukan RM1.3 bilion Kerajaan Persekutuan bagi menaik taraf 682 sekolah daif di seluruh negara.