SJK Chung Hua Roban dapat peruntukan RM12,000, laksana aktiviti

ROBAN: Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Roban menerima peruntukan sebanyak RM12,000 bagi melaksanakan aktiviti tahunan sekolah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir mengumumkan peruntukan terbabit sebagai tanda sokongan terhadap pembangunan pendidikan dan kebudayaan.

“Ini selaras dengan komitmen kerajaan negeri membantu sekolah jenis kebangsaan di seluruh Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Pesta Kuih Bulan anjuran Lembaga Pengurus SJK Chung Hua Roban, di sini, malam tadi.

Turut hadir ADUN Kalaka, Mohamad Duri, ADUN Krian, Friday Belik dan Pemanca Lim Guan Ann.