DARO: Kira-kira 3,000 membanjiri daerah ini menghadiri ceramah perdana yang disampaikan pendakwah terkenal, Ustaz Abdul Somad.
Ceramah bertemakan “Umat Akhir Zaman: Tunjukkan Ku Jalan yang Lurus” itu dihadiri Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi di Kompleks Sukan Daro di sini, malam tadi.
Program dimulakan dengan solat Maghrib dan Isya’ berjemaah, diikuti bacaan Surah Yassin serta selawat qasidah menghidupkan suasana kerohanian dalam kalangan jemaah.
Meskipun hujan namun pengunjung tetap tidak berganjak untuk menyaksikan tausiah dan ceramah Ustaz Abdul Somad.
Dalam ceramah itu, beliau menyentuh isu-isu keimanan, cabaran umat akhir zaman serta kepentingan istiqamah di jalan yang benar.
Initipati ceramah Ustaz Abdul Somad turut mengajak umat Islam agar memperkukuhkan hubungan dengan Allah SWT dan meningkatkan amal ibadah sebagai bekalan menghadapi akhir zaman.
Program diakhiri dengan majlis penyampaian cenderamata kepada penceramah sebagai tanda penghargaan.
Penganjuran program sebegini bukan sahaja memperkukuh ukhuwah Islamiah dalam kalangan penduduk Daro, malah menjadi medan dakwah yang menyatukan ummah dalam mencari keredaan Allah SWT.