DARO: Sebanyak 21 masjid dan surau di Dewan Undangan Negeri (DUN) Daro menerima sumbangan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM124,000.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad menyampaikan sumbangan MRP terbabit di Masjid Al-Muhsiniin Daro, di sini.
“Gunakan sumbangan ini untuk tujuan pengimarahan dan libatkan semua penduduk di sekitar supaya menjadi satu jambatan jalinan ukhwah yang baik antara kita,”katanya.
Di samping itu, beliau turut menyampaikan cek sumbangan kepada beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO).
Hadir sama, wakil Pegawai Agama Islam Daerah Daro, Ustaz Abdul Syukur Nasir, Penghulu Jebli Ngok, Penghulu Bahari Selakong dan Timbalan Pengerusi Lembaga Amanah Kebajikan Melayu Daro, Yusuf Bakeri.
