GA2026 himpun lebih 1,500 wakil

KUCHING: Pembangunan sebenar tidak boleh dipisahkan dari corak hidup dan kekayaan warisan budaya masyarakat.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, peninggalan sejarah, warisan hidup dan budaya masyarakat adalah penggerak sektor pelancongan dan kreatif Sarawak.

Atas sebab itu Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS) 2030 kerajaan fokus kepada masyarakat inklusif, kesejahteraan dan kelestarian alam sekiatr, katanya melancarkan Voices of Old Kuching: Inisiatif Program Awam OKSHE-MTCP
di sini, hari ini.

Inisiatif Program Awam OKSHE-MTCP itu merupakan sebahagian daripada acara yang diadakan sempena Perhimpunan Agung dan Simposium Saintifik ICOMOS ke-22 2026 (GA2026).

Disifat sebagai Warisan Budaya Olimpik, GA2026 adalah perhimpunan terbesar dunia berkaitan warisan dan pengamalan profesional.

Perhimpunan itu menghimpunkan lebih 1,500 perwakilan daripada 110 negara diadakan di sini pada 17 hingga 24 Oktober ini.