Projek Dewan Datuk Patinggi Ali baharu dijangka siap Disember 2027

GEDONG: Projek pembinaan Dewan Datuk Patinggi Ali yang baharu kini sedang rancak dilaksanakan di sini dan dijangka siap pada 5 Disember 2027.

Atas perhatian dan sokongan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gedong projek kemudahan moden setanding Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) itu bermula 6 Jun 2025.

Dewan terbabit bakal lebih besar dan lebih selesa untuk kegunaan masyarakat Gedong, termasuk penganjuran pelbagai program rasmi, aktiviti kemasyarakatan, acara komuniti serta program pembangunan setempat.

Sehubungan itu, rakyat di DUN Gedong menzahirkan penghargaan dan terima kepada Premier Sarawak kasih atas pembinaan pembangunan kemudahan awam.

Pihak terlibat dalam projek ini ialah Majlis Daerah Gedong (MDG) sebagai klien, Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak merupakan agensi pelaksana, Jurutera Bahagian (JKR Bahagian Samarahan) sebagai pegawai penyelia.

  • Sumber Media Gedong