Pesta Tanglung SJK Chung Hua wadah pupuk semangat perpaduan

MATU: Pesta Tanglung Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Matu menjadi wadah memupuk semangat perpaduan dan saling menghormati dalam kalangan generasi muda menerusi penghayatan kepelbagaian budaya.

Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi berkata, program seperti itu penting dalam memupuk semangat perpaduan dan saling menghormati.

Katanya, program tersebut mengeratkan hubungan antara pihak sekolah dengan masyarakat berbilang kaum.

“Kepelbagaian budaya adalah kekuatan kita. Semangat muhibah dan perpaduan perlu terus dipupuk sejak di bangku sekolah demi keharmonian generasi masa hadapan,” katanya semasa merasmikan program tersebut.

Program itu yang berlangsung dalam suasana harmoni menghimpunkan warga sekolah, ibu bapa serta masyarakat.

Pelbagai aktiviti diadakan termasuk perarakan tanglung, persembahan murid dan pertandingan tanglung catwalk.

Foto: FB Parlimen P207 Igan