KUCHING: Seramai 35 individu menerima Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Sarawak sempena Sambutan Hari Jadi Ke-80 Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, pada Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri di Dewan Istiadat, Astana Negeri Sarawak, di sini, hari ini.
Pada istiadat tersebut, Yang di-Pertua Dewan Negara, Senator Dato Sri Awang Bemee Awang Ali Basah mendahului senarai penerima Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak Panglima Negara Bintang Sarawak (P.N.B.S.).
Turut menerima darjah kebesaran yang sama ialah Hakim Besar Sabah dan Sarawak Dato Sri Azizah Nawawi, Pro-Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dato Sri Abdul Wahab Aziz dan Dato Sri Tay Ah Ching @ Tay Chin Kin.
Sementara itu, tiga individu menerima Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak Panglima Gemilang Bintang Kenyalang (P.G.B.K.) yang membawa gelaran Datuk.
Mereka ialah Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Dean Wayne Daly, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Datuk Idris Buang dan Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (Pelancongan) Datuk Sebastian Ting Chiew Yew.
Enam individu pula menerima Darjah Jasa Bakti Sarawak (D.J.B.S.) yang membawa gelaran Datu, terdiri daripada Setiausaha Tetap Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED) Datu Dzulkornain Masron, Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (MTCP) Datu Morshidi Fredrick serta Pengarah Unit Diplomasi Iklim dan Tenaga (SACED) Datu Ir. Ts. Dr. Angelia Liew San Chuin.
Turut menerima darjah berkenaan ialah Pengarah Pertanian Sarawak Datu Dominic Chungat, Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) merangkap Setiausaha Majlis Islam Sarawak (MIS) Datu Mual Suaud dan Pengurus Besar Majlis Penyelidikan dan Pembangunan Sarawak (SRDC) merangkap Pengarah Urusan Pusat Sains Sarawak (SSCiEX), Datu Ts. Dr. Peter Morin Michael Paong.
Istiadat diteruskan dengan pengurniaan Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak Panglima Setia Bintang Sarawak (P.S.B.S.) kepada 22 penerima yang membawa gelaran Dato.
Antara penerima ialah Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pesuruhjaya Polis Dato Mohamad Zainal Abdullah, Panglima Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Divisyen) Mejar Jeneral Dato Mohd Sobirin Mohd Yusof, Ahli Dewan Negara Senator Dato Rita Sarimah Patrick Insol dan Senator Dato Susan Chemerai Anding serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.39 Krian Dato Friday Belik.
Turut menerima darjah kebesaran tersebut ialah Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Profesor Dato Dr. Ahmad Hata Rasit, Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak Dato Dr. Veronica Lugah, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) Dato Omar Mahli dan Rektor UiTM Cawangan Sarawak Profesor Dato Dr. Firdaus Abdullah.
Senarai penerima turut merangkumi Pengarah Negeri Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Sarawak Dato Abang Ehsan Abang Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Sovereign Wealth Future Fund (SSWFF) Dato Abang Rahmat Shobra Yusuf, Ketua Pegawai Eksekutif SMD Semiconductor Sdn. Bhd. Dato Shariman Jamil, Dato Azerina Mohd. Arip, Dato John Ko Wai Seng, Ir. Profesor Dato Lau Hieng Ho, Dato Lau Kim Swee, Dato Sim Yaw Hang, Dato Kong Chiong Ung, Temenggong Dato Abdullah Jamil, Temenggong Dato Chek Bujang, Temenggong Dato Henry Bujang Sendan serta mendiang Dato Sibat Buyong.
Hadir sama pada istiadat tersebut ialah Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Timbalan-Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian serta Speaker DUN Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar bersama dif-dif kenamaan. – PENERANGAN-
