DARO: Pelaksanaan pelbagai projek pembangunan dan kemudahan asas membuktikan komitmen berterusan Kerajaan Sarawak dalam meningkatkan kesejahteraan masyarakat luar bandar.
Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Daro, Dr Safiee Ahmad berkata, kemudahan yang disediakan bukan sekadar memberi keselesaan malah menjadi pemangkin kepada pembangunan sosioekonomi dan pendidikan.
“Saya menggesa agar semua kemudahan ini dimanfaatkan sebaik mungkin, terutama bagi mewujudkan persekitaran yang menyokong perkembangan pendidikan anak kita,” katanya pada Majlis Apresiasi dan Kecemerlangan Murid 2026 Sekolah Kebangsaan (SK) Sabena di Dewan Aspirasi Zaini, di sini, hari ini.
Dr Safiee menegaskan usaha melahirkan modal insan memerlukan kerjasama semua pihak, termasuk sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta masyarakat.
Katanya, tanggungjawab mendidik anak tidak seharusnya diserahkan sepenuhnya kepada guru, sebaliknya ibu bapa juga perlu memainkan peranan aktif.
FOTO: DUN N.43 Daro
