KUCHING: Sarawak Shell Berhad (SSB) mula mengeluarkan gas dari medan Rosmari-Marjoram terletak kira-kira 220 kilometer dari luar pantai Sarawak.
Dalam satu kenyataan di sini hari ini, SSB menzahirkan rasa bangga atas sejarah kejayaan menerokai minyak dan gas di Malaysia.
Presiden Hiliran SSB, Peter Costello berkata, SSB memiliki kepakaran meneroka gas di medan berkenaan sekali gus menyumbang peningkatan pengeluaran dalam tahun 2030.
Kejayaan itu adalah hasil pengalaman berdekad untuk membekal gas baharu secara lebih berkesan dan berdaya saing.
Gas yang dihasilkan dari medah Rosmari-Marjoram akan disalurkan ke loji daratan baharu di Bintulu yang akan diproses dan disalur ke terminal LNG Petronas.
Pelantar luar pantai Rosmari-Marjoram beroperasi menggunakan tenaga solar dan disokong oleh loji janakuasa diesel apabila diperlukan.
Loji luar pantai itu menggunakan tenaga hidro dari grid tenaga tempatan yang turut disokong oleh tenaga diperbaharui bagi mencapai 100 peratus tenaga dibaharui.
Naib Presiden Kanan Hiliran Shell Malaysia, Siti Sulaiman pula berkata, permulaan pengeluaran gas dari medan Rosmari-Marjoram adalah satu kejayaan penting bagi Shell di Malaysia.
Ini mencerminkan perkongsian kukuh yang dikongsikan bersama PETRONAS, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak.
SSB kekal komited dalam membantu memenuhi keperluan pertumbuhan tenaga Malaysia dan memberi sumbangan kepada kemajuan ekonomi negara melalui pelaburan yang berdaya saing dan berdaya tahan, katanya.
Shell mula mengerudi minyak pertamanya di Malaysia dalam tahun 1910-an dan menghasilkan gas di luar pantai sejak 1982 di samping medan Rosmari-Marjoram Shell mempunyai beberapa kepentingan medan pengeluaran di luar pantai Sarawak termasuk medan Timi dan Gorek dan menerokai potensi peuang di medan berkenaan.
Pembangunan medan Rosmari-Marjoram mencerminkan kekuatan perkongsian Shell dan PETRONAS melalui Pengurusan Petroleum Malaysia dan PETRONAS Carigali Sdn. Bhd. yang turut membawa kepakaran dan pelaburan untuk menyampai nilai dalam jangka panjang.
Rosmari-Marjoram adalah medan gas yang ditemui pada 2014. Medan itu berada pada kedalaman 800 meter dan gasnya adalah gas masam kerana mengandungi hidrogen sulphide yang boleh dipindahkan ke loji daratan gas dengan selamat.
