KUCHING: Politik kebencian berasaskan kaum, agama dan hubungan antara parti perlu ditolak bagi mengekalkan keharmonian politik Sarawak.
Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP), Dato Sri Tiong King Sing berkata, kekuatan GPS dibina melalui persefahaman dan kerjasama.
“Semua parti komponen perlu saling menghormati walaupun mempunyai perbezaan pandangan.
“Perbezaan itu perlu ditangani secara matang tanpa menjejaskan perpaduan gabungan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan aluan Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya GPS di Pusat Konvensyen Borneo Kuching, disempurnakan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Menurutnya, keadilan dan perkongsian kuasa merupakan asas penting dalam memperkukuh GPS.
Tiong sehubungan itu, menggesa semua anggota GPS mengetepikan persengketaan dan mengembelingkan tenaga untuk menghadapi PRU DUN Sarawak ke-13. – IQHWAN HAMDAN / JIWA BAKTI
