289 projek bekalan air luar bandar Sarawak siap

KUCHING: Kerajaan Sarawak meluluskan peruntukan berjumlah RM4.6 bilion bagi memastikan bekalan air disalurkan ke luar bandar negeri ini.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (MUT) Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, peruntukan itu melibatkan sebanyak 407 projek berkaitan.

“Setakat ini, sebanyak 289 projek bersamaan dengan 71 peratus telah siap, 79 projek (19.4 peratus) dalam peringkat prakontrak manakala bakinya dalam pelbagai peringkat perlaksanaan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Makan Malam Penutupan Sukan Bekalan Air Sarawak (SBAS), di sini.

Turut hadir, Setiausaha Tetap MUTS Datu Jafri Lias, Timbalan Setiausaha Tetap MUTS Syed Fauzi, Pengarah JBALB Sarawak Ir Ts Awang Mohammad Fadillah Awang Redzuan, Pengurus Besar Lembaga Air Kuching (LAK) Ir Rodziah Mohamad, Pengurus Besar Lembaga Air Sibu Abdul Malik, Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Water Sdn Bhd Ir Ts Daniel Punang.