DARO: Yayasan OBYU menyerahkan sumbangam mesin hemodialisis kepada Hospital Daro.
Majlis penyerahan sumbangan tersebut yang berlangsung semalam disempurnakan oleh ADUN Daro, Safiee Ahmad.
Safiee dalam ucapannya menzahirkan terima kasih kepada Yayasan OBYU atas sumbangan.
“Sesungguhnya, sumbangan terutamanya kepada 31 pesakit yang amat memerlukan mesin hemodialisis ini,” katanya.
Beliau berharap sumbangan ini dapat memberi manfaat yang besar kepada komuniti di Daro.
Turut hadir ialah Pengarah Hospital Daro, Dr. Alhusna Dahian, Setiausaha Eksekutif Yayasan OBYU, Dr. Haironi Yusoff, serta Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif One Medicare Sdn Bhd, Encik Lau Yew Nen.
