LIMBANG: Ancaman buaya kepada pasukan penyelamat antara perkara yang dibincangkan oleh Jawatankuasa Bencana Daerah Limbang dalam persiapan menghadapi Monsun Timur Laut di daerah terbabit.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah yang juga Pegawai Daerah Limbang, Sulaiman Engal berkata, ancaman buaya ini bukan sahaja melibatkan penduduk tetapi pasukan penyelamat semasa membantu mangsa banjir di kawasan terjejas.
“Kita mengambil langkah awal dengan mengadakan mesyuarat bersama Perbadanan Perhutanan (SFC) dalam mengendalikan situasi berkenaan,” katanya selepas Simulasi Pengujian Bot dan Enjin Bot Sempena Kesiapsiagaan Monsun Timur Laut 2025 di Jeti Polis Marin, Sungai Limbang hari ini.
Beliau berkata, melalui pengalaman lalu apabila berlakunya banjir atau hujan lebat sehingga paras air meningkat, ancaman daripada buaya sentiasa ada.
Turut sama Ketua Polis Daerah, Superintenden Parum Niot, Ketua Bomba Zon Tujuh Limbang, Ramlan Marajan dan Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang, Tawang Lingem.
Sulaiman mengingatkan orang ramai agar berwaspada sepanjang musim hujan dan banjir besar, terutamanya terhadap kemungkinan kehadiran haiwan reptilia berkenaan.
Pada latihan itu sebanyak lapan aset kenderaan air dan bot daripada agensi berkaitan digunakan bertujuan menguji keupayaan operasi bot dan enjin semua agensi penyelamat.
penggantian aset.