Dedahkan ilmu keselamatan kebakaran di sekolah

SARATOK: Kanak-kanak perlu didedahkan dengan ilmu keselamatan kebakaran sejak di bangku sekolah lagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, ini memandangkan kanak-kanak adalah golongan paling berisiko sewaktu berhadapan kejadian seumpama itu.

“Ini menjadi objektif utama program hari ini dengan kerjasama Balai Bomba dan Penyelamat Saratok,” katanya ketika merasmikan Program Kesedaran keselamatan Kebakaran yang telah diadakan di SK Kampung Perpat di sini, hari ini.

Turut diadakan acara penyerahan alat pemadam api kepada SK Kampung Perpat dan SK Paloh serta Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) kawasan Kampung Perpat.

Turut hadir ialah Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Saratok, Ilhias Muhi dan Guru Besar SK Kampung Perpat, Norila Gani.