KABONG: Seramai 33 penerima menikmati Projek Penambahbaikan Rumah Miskin Sarawak (PPRMS) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Mohd Chee Kadir berkata, sejumlah RM500,000 diperuntukkan kepada kontraktor bagi melaksanakan inisiatif bantuan baik pulih rumah itu.
“Ini adalah Projek Rakyat yang diluluskan Kerajaan Sarawak,” katanya ketika diminta mengulas mengenai perkara itu.
Chee Kadir menjelaskan, untuk rekod sejak 2018 hingga 2019, sebanyak 219 rumah di kawasan DUN Kabong telah dibaik pulih di bawah Program PPRMS.
Beliau menzahirkan dan terima kasih kepada Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS).
Dalam pada itu, pemeriksaan kerja siap telah dilakukan wakil ADUN Kabong, Nur Elffi Amir bersama wakil Pejabat Daerah Kabong, Awangku Safaie Awangku Sablie, wakil Majlis Daerah Saratok, Tinggom Bat dan Naib Ketua Parti PBB Cawangan N.40 Kabong, Maini Spawi.
