MATU: Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang anjuran Pejabat Penerangan Daerah Matu berlangsung di Dewan Masyarakat Kampung Tian, Matu, pagi tadi.
Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi menyambut ketibaan Konvoi Kembara Merdeka yang singgah di Dewan Masyarakat Matu dalam rangka kempen mengibar Jalur Gemilang.
Pada masa sama, Program Jualan Rahmah diadakan di Tapak Pasar Tani, Matu bagi memeriahkan sambutan Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang.
Turut hadir ialah Pegawai Daerah Matu, Hamidah Halpi, Pengetua SMK Matu, Rahmah Junaidi, Pegawai Penerangan Daerah Matu, Hayati Halim, Ketua-Ketua Masyarakat, Ibu bapa pelajar-pelajar TABIKA KEMAS, Matu.
