LAWAS: Pusat Sokongan Sosial Komuniti (CSSC) Daerah Lawas bakal mendapat bangunan sendiri pada tahun hadapan.
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, reka bentuk dan pelan bangunan terbabit dibentangkan Majlis Daerah Lawas.
“Majlis Daerah Lawas yang akan melaksanakan projek ini kelak,” katanya kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat Lembaga Penasihat CSSC di Lawas.
Fatimah berkata, kerajaan mengenalpasti CSSC sebagai projek keutamaan Rancangan Malaysia Ke-12 dan dijadikan inisiatif di bawah Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS) 2030.
Menurutnya, CSSC dilaksanakan di Kuching, Sri Aman, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Lawas.
