Mangsa banjir Rumah Ason terima sumbangan

SARATOK: Prihatin dengan nasib penduduk yang terjejas akibat banjir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri menyantuni mangsa banjir dari Rumah Ason, Tembawai Kapok, Awik.

Mereka kini ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Serbaguna Taman Seroja Indah, Saratok.

Dalam lawatan tersebut, Jawatankuasa Sosial dan Kebajikan (JKSK) Taman Seroja Indah yang diketuai Lee Chai Teng turut menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada 21 Ketua Isi Rumah (KIR).

Mohamad Duri menzahirkan penghargaan kepada agensi terlibat termasuk Pejabat Daerah Saratok, Angkatan Pertahanan Awam (APM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Betong dan JKSK Taman Seroja Indah atas tindakan pantas membantu mangsa banjir.

“Keprihatinan dan semangat gotong-royong ini mencerminkan semangat perpaduan masyarakat kita dalam berdepan musibah,” katanya.

Turut hadir Pegawai Daerah Saratok, Mohammad Dino Amid, Pemanca Lim Guan Ann, Pegawai Kebajikan Masyarakat Bahagian Betong, Abdul Shamat Kassim, Pegawai APM Daerah Saratok, Leftenan Nur Athirah Batu, Pengerusi JKSK, Lee Chai Teng, serta wakil IPD Saratok dan Jabatan Kesihatan Daerah Saratok.