SERIAN: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Martin Ben berdepan dengan dua penjuru pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) Sarawak ke-13.
Bertanding atas tiket Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Martin dicabar Dr. Stephen Morgan Sungan dari Parti Bumi Kenyalang (PBK) dan Vincent Amis (PBDS).
Bercakap kepada media selepas pengumuman penamaan calon di Serian, semalam Martin berkata, beliau peluang pekerjaan dan menjana pendapatan masyarakat luar bandar menerusi pembangunan sektor pertanian dan penternakan antara
keutamaannya jika diberi mandat semula pada pilihan raya ini.
“Pembangunan infrastruktur asas, khususnya jalan raya, bekalan air bersih dan elektrik perlu dipergiat bagi menyokong pertumbuhan ekonomi,” katanya.
Menurutnya, jaringan perhubungan yang lebih baik mampu memperluas akses ke pasaran, mengurangkan kos pengeluaran serta membuka lebih banyak kawasan berpotensi untuk kegiatan pertanian dan penternakan.
“Lebih-lebih lagi kita berada dalam masyarakat luar bandar, peluang pekerjaan perlu diwujudkan supaya bukan semua orang perlu ke bandar untuk bekerja, khususnya mereka yang berminat dalam sektor pertanian dan penternakan,” katanya.
Martin berkata, peruntukan dana sedia ada akan dimanfaatkan bagi memperkukuh kemudahan infrastruktur selain menyokong kegiatan ekonomi masyarakat.
Dalam pada itu, beliau turut menyasarkan usaha mendekati lebih 1,000 pengundi kali pertama berusia antara 18 hingga 20 tahun sepanjang tempoh kempen 13 hari.
Martin menyandang kerusi DUN N.22 Kedup sejak 2011.
