Masjid, surau Daerah Simunjan terima dana RM103,000

SIMUNJAN: Dana tahunan berjumlah RM103,000 diserahkan kepada sebanyak sembilan masjid dan 11 surau di Daerah Simunjan semalam.

Ahli Parlimen Sadong Jaya, Rodiyah Sapiee menyampaikan cek dana itu ketika berbuka puasa di Masjid Darul Amilin, Kampung Tanjung Pisang di sini, semalam.

Beliau juga menyampaikan sumbangan bakul makanan dan bantuan tunai kepada seramai 35 orang penerima terdiri dari golongan kurang berkemampuan, warga emas, ibu tunggal dan asnaf di Zon Tiga Daerah Simunjan.

Sebelum itu, Rodiyah turut mengagihkan bubur lambuk, apron dan kurma kepada pengunjung dan peniaga di Bazar Simunjan.