TYT bakal rasmi Seminar Fatwa Peringkat Sarawak di Sibu

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerima kunjungan hormat daripada Jawatankuasa Induk Seminar Fatwa Peringkat Sarawak 1447H/2025M di Astana Negeri di sini, hari ini. Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek Agensi Pembangunan Wilayah, DBKU dan Hal Ehwal Islam), Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi mengetuai rombongan yang […]

Influenza: Tidak ada sekolah ditutup

KOTA SAMARAHAN: Tiada sekolah di Sarawak ditutup susulan jangkitan Influenza setakat ini, namun situasi di institusi pendidikan sedang dipantau dengan teliti oleh pihak berkuasa. Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Dr. Annuar Rapaee, berkata walaupun terdapat peningkatan kes Influenza di sekolah-sekolah, keadaan masih terkawal dan tidak memerlukan penutupan sekolah. “Buat masa sekarang, […]

Tidak lagi guna perahu, jalan ke Rumah Augustine siap

ROBAN: Penghuni Rumah Augustine, Empayak di sini kini tidak perlu lagi menggunakan perahu untuk menyeberangi Sungai Sebelak, apabila projek jalan ke rumah panjang terbabit siap sepenuhnya. Ahli Dewan Undangan Negeri Kalaka, Mohamad Duri berkata, projek yang dilaksanakan di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) itu memberi kemudahan yang amat diperlukan oleh masyarakat. Sebelum siapnya projek […]

Pengguna bot berdaftar di Sarawak layak nikmati program subsidi BUDI95

KUCHING: Lebih 1,400 pengguna bot berdaftar di Sarawak kini layak menikmati manfaat di bawah program subsidi bersasar BUDI MADANI RON95 (BUDI95). Faedah itu selepas kerajaan memperluaskan pelaksanaannya ke negeri berkenaan bagi memastikan kumpulan sasar menerima bantuan secara menyeluruh. Kementerian Kewangan (MoF) dalam kenyataan yang dikeluarkan di Kuala Lumpu memberitahu, peluasan itu dibuat hasil semakan bersama […]

Pasukan khas STEM bakal ditubuh seluruh Sarawak

KUCHING: Penyertaan pelajar dalam aliran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di Sarawak masih rendah pada kadar 13 peratus. Timbalan Menteri Pendidikan dan Inovasi, Datuk Dr. Annuar Rapa’ee berkata ini meskipun kerajaan negeri telah melaksanakan pelbagai usaha menggalakkan pelajar mengambil jurusan tersebut. “Saya masih ingat ia hanya 13 peratus. Sesetengah sekolah langsung tiada pendaftaran bagi […]

Teh Orkid Sarawak dilancar, produk inovasi pertama anak tempatan

KOTA SAMARAHAN: Teh Orkid Sarawak, produk inovasi pertama berasaskan orkid tempatan hasil usaha masyarakat setempat dilancarkan, di sini, hari ini. Pelancaran disempurnakan oleh Penaung Persatuan Orkid Sarawak (SARORSO), Dayang Norjihan Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari sempena Majlis Pelancaran Projek Komuniti Pemuliharaan Orkid SARORSO Cawangan Kota Samarahan di SABAKI Farm, Tanjung Tuang. Dalam ucapannya, Dayang […]

APGF agenda utama Mesyuarat Menteri Tenaga ASEAN

KUALA LUMPUR: Cadangan pelaksanaan Pembiayaan Grid Tenaga ASEAN (APGF) akan menjadi agenda utama pada Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN Ke-43 dan Mesyuarat Berkaitan di sini pada 16 dan 17 Oktober ini. Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Datuk Amar Fadillah Yusof akan mempengerusikan mesyuarat dua hari itu. APGF merupakan satu inisiatif […]

Sekolah daif perlukan pelan induk – Ahmad Johnie

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dicadang supaya melaksanakan Pelan Induk Sekolah Daif Sarawak 2030 dengan sasaran 100 sekolah disiapkan setiap tahun. Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi yang mencadangkan demikian juga ingin tahu apakah KPM bercadang untuk melaksanakan pembinaan semula sekolah daif di Parlimen Igan yang mash mempunyai 18 sekolah daif dalam tempoh Rancangan […]

Sarawak latih belia Islam terokai teknologi

KUCHING: Melatih umat Islam menjadi ilmuan merupakan sebahagian daripada konsep zakat dan wakaf dalam menghadapi kemajuan dunia pada masa hadapan, kata Premier Sarawak. Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, dalam konteks ini, Sarawak membelanjakan sebahagian daripada zakat dan wakaf untuk melatih belia Islam dalam membangunkan sumber untuk kebaikan sejagat. Sungguhpun konsep zakat […]

Silat bentuk sahsiah, disiplin belia – Hamzah

KOTA SAMARAHAN: Seni silat bukan sekadar warisan turun-temurun, tetapi menjadi wadah membentuk sahsiah, disiplin dan jati diri generasi muda. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Hamzah Brahim berkata, semangat kesungguhan pesilat muda yang dipamerkan dalam Kejohanan Silat Jemputan Tertutup Pendekar Muda 2025 Piala Datuk Hamzah Brahim membuktikan seni mempertahankan diri itu masih relevan. “Di […]