Talentpath Bintulu tawarkan latihan berasaskan keperluan industri

KUCHING: Talentpath yang dilancarkan di Bintulu memberi fokus kepada latihan berasaskan keperluan industri serta laluan jelas ke pendidikan lanjut atau pekerjaan. Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata, inisiatif berkenaan menggunakan konsep latihan dan penempatan bagi membentuk kompetensi yang diperlukan industri. “Talentpath dibina berasaskan konsep latihan dan penempatan […]

Kampung Sagu nikmati bekalan air

SEBUYAU: Penduduk Kampung Sagu kini menikmati bekalan air menerusi projek menaik taraf saluran paip bernilai kira-kira RM1.7 juta. Projek sepanjang 6.2 kilometer itu dibiayai Kerajaan Sarawak dan dilaksana menerusi Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak dengan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak sebagai agensi pelaksana. Mula dilaksanakan Mei 2025, projek berkenaan siapFebruari lalu, memberi manfaat […]

IRSDA: 534 daripada 638 projek berjaya disiapkan

KUCHING: Sebanyak 534 daripada keseluruhan 638 projek di bawah Agensi Pembangunan Bersepadu Wilayah Samarahan (IRSDA) siap dilaksanakan. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pemandu IRSDA, Dato’ Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, pelaksanaan membabitkan 83.7 peratus pojek. Sementara itu, 30 projek kini dalam pelaksanaan manakala 67 lagi di peringkat […]

Remaja perlu kuasai bahasa ilmu, global

KUCHING: Golongan remaja perlu menguasai bahasa yang mampu membuka pintu kepada ilmu pengetahuan dan peluang di peringkat global. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, selain itu terus memperkukuhkan penggunaan bahasa sendiri serta mengekalkan identiti budaya. Bahasa Malaysia kekal penting sebagai bahasa kebangsaan dan menjadi jambatan yang menghubungkan masyarakat Malaysia terdiri […]

Sarawak harap Belanjawan 2027 laksanakan peruntukan RMK-13, MA63

KUCHING: Sarawak berharap Belanjawan 2027 yang dibentangkan nanti memberi perhatian kepada pelaksanaan perkara yang dibincang menerusi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) serta Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, perkara berkenaan termasuk keperluan suntikan peruntukan kepada Sarawak. “Harapan kita supaya perkara yang dibincangkan dalam RMK-13 dapat dilaksanakan, khususnya […]

Pertingkatkan kawalan keselamatan sempadan Sarawak-Kalimantan

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerima kunjungan hormat Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Malek Razak Sulaiman di Astana Negeri Sarawak hari ini. Kunjungan itu bagi membincangkan isu keselamatan, pertahanan dan kepentingan strategik Sarawak. Kunjungan tersebut merupakan sesi perkenalan rasmi pertama Jeneral Tan Sri Dato’ […]

Pastikan projek beri impak kepada rakyat

KUCHING: Inovasi dalam perkhidmatan awam perlu diterjemahkan kepada hasil yang memberi manfaat kepada rakyat, kata Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki. Beliau berkata, perkara itu penting bagi memastikan setiap usaha yang dilaksanakan kerajaan benar-benar memberi hasil yang dapat dirasai masyarakat. Katanya, rakyat tidak melihat proses dalaman sesebuah jabatan, sebaliknya menilai tempoh menunggu, […]

SOE mampu jana pendapatan RM9.82 bilion

KUCHING: Dengan prestasi cemerlang dan tadbir urus yang baik, kebanyakan syarikat milik Kerajaan Sarawak (SOE) diramalkan berjaya mengurangkan keperluan geran mengurus menjelang tahun 2030. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, menjelang tahun 2030 juga lebih 60 peratus daripada SOE terbabit dijangka dapat berdikari dari segi kewangan. “Perjalanan transformasi itu tidak […]

Rakyat perlu fahami kesan Inisiatif Kerajaan Sarawak

KUCHING: Rakyat Sarawak perlu memahami objektif setiap inisiatif kerajaan bagi membolehkan manfaatnya difahami dan disampaikan kepada masyarakat. Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.6 Tupong, Dato Fazzrudin Abdul Rahman berkata, kesan limpahan daripada pelaksanaan inisiatif kerajaan dijangka dapat dirasai seluruh lapisan masyarakat. “Walaupun mungkin tidak semua manfaat dapat dirasai […]