Pendidikan pelaburan masa depan

DARO: Ibu Bapa perlu mengutamakan pendidikan anak-anak daripada peringkat sekolah rendah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Shafiee Ahmad berkata, perkara ini penting kerana pendidikan di peringkat sekolah rendah adalah penentu arah tuju pendidikan anak-anak.

“Ibu bapa harus memberi keutamaan pendidikan kepada anak-anak kita di peringkat ini, pendidikan adalah satu usaha untuk mengubah taraf hidup keluarga masing-masing.

“Pelaburan daripada pendidikan melalui anak-anak kita adalah satu pelaburan masa akan datang. Oleh itu, saya menyarankan kepada ibu bapa supaya memantau dan mengambil tahu tentang perkembangan pendidikan anak-anak kita,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Graduasi Pra-Sekolah & Apresiasi Kecemerlangan Pelajar Tahun 6 Sekolah Kebangsaan (SK) Camporan Daro, semalam.

Pada majlis tersebut, Shafiee turut mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM10,000 kepada PIBG sekolah tersebut.