KUCHING: Sarawak menyambut baik langkah Kerajaan Persekutuan yang terus memberi keutamaan kepada kebajikan rakyat menerusi pelbagai inisiatif yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pengumuman termasuk penurunan harga RON95 serta pemberian tunai one-off RM100 kepada semua rajyat berusia 18 tahun ke atas amat dialu-alukan, lebih-lebih lagi dalam usaha bersama meringankan tekanan kos sara hidup rakyat.
“Saya menyambut baik pengumuman ini kerana selari dengan pendekatan Kerajaan Sarawak sendiri dalam membantu rakyat.
“Bila kedua-dua kerajaan di peringkat pusat dan negeri mengambil langkah sama, kesannya lebih besar untuk rakyat kita,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Perasmian Saluran Paip Gas Pertama ke Sungai Plan di Bintulu, hari ini.
Jelasnya, rakyat Sarawak turut menerima manfaat berganda melalui bantuan yang datang serentak dari Kuala Lumpur dan Kuching.
