MIRI: Hospital Miri terbuka untuk diakses oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang.
Timbalan Menteri Luar Negeri merangkap Ahli Parlimen Sibuti, Dato Lukanisman Awang Sauni juga menegaskan hospital itu merupakan aset milik rakyat.
“Ini selaras dengan aspirasi kerajaan untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan yang inklusif dan berkualiti,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Perasmian Program Annual Mass Circumcision (Sunathon) 2025, di sini, hari ini.
Selain itu, Lukanisman berkata Hospital Miri kini menerima kelulusan peruntukan hampir RM16 juta bagi penubuhan Inventive Catheter Lab (ICL) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Menurutnya, dengan penubuhan makmal berteknologi tinggi itu, Hospital Miri akan mampu melaksanakan sendiri pelbagai prosedur kardiologi dan rawatan berkaitan penyakit jantung.
