Penyertaan pempamer HPTN 2026 dibuka hingga 9 November ini

KUCHING: Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak membuka penyertaan kepada syarikat, agensi dan pemain industri untuk menyertai pameran Hari Profesion Teknikal Negara 2026 (HPTN 2026) pada 1 hingga 2 Disember depan.

Pameran itu akan berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) bagi mengetengahkan inovasi, teknologi, produk dan penyelesaian dalam pelbagai sektor teknikal.

HPTN 2026 menyediakan platform strategik kepada pempamer untuk mempamerkan inovasi serta penyelesaian mereka kepada agensi kerajaan, pemilik infrastruktur, peneraju industri, profesional teknikal dan pelabur.

Antara sektor yang digalakkan menyertai pameran itu ialah teknologi hijau, teknologi maklumat dan komunikasi, bioteknologi, teknologi elektrik dan elektronik serta teknologi pembinaan.

Penyertaan ini membuka peluang kepada organisasi untuk berhubung dengan pembuat keputusan, meneroka peluang perniagaan dan menjalinkan kerjasama strategik merentas ekosistem teknikal.

Selain itu, pempamer turut berpeluang meningkatkan kehadiran jenama masing-masing menerusi penyertaan dalam pameran dan pakej kerjasama strategik yang ditawarkan.

Organisasi berminat boleh membuat tempahan sebelum tarikh tutup pada 9 November ini, pertanyaan boleh diajukan menerusi talian +603 2283 5255, +6019 480 2229 atau +6014 360 9352.